Tuesday, June 19, 2012

AlertPay Kini Dikenali sebagai Payza

Salam,

Untuk makluman semua pembaca, bermula tahun 2012, akaun AlertPay telah ditukar menjadi Payza. Bagi sesiapa yang mempunyai akaun AlertPay sebelum ini, anda boleh menukarkannya menjadi Payza dengan hanya log in ke laman web payza.com. Log in seperti biasa menggunakan e-mail dan password yang telah anda daftarkan dalam AlertPay dulu. Kemudian buat verifikasi akaun anda mengikut arahan pada skrin anda.

Bagi pengguna yang baru hendak membuka akaun Payza, anda boleh klik payza.com. Pendaftaran adalah percuma. Langkah pendaftaran adalah sama seperti mendaftar akaun AlertPay. Anda boleh rujuk post di bawah.

Wednesday, April 28, 2010

Panduan Mendaftar Akaun AlertPay



Salam buat semua,

Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi dengan anda serba sedikit tentang panduan untuk mendaftar akaun AlertPay.


Apakah kegunaan AlertPay?
AlertPay memudahkan anda melakukan transaksi pemindahan wang yang merangkumi pelbagai matawang di seluruh dunia. Dengan adanya AlertPay, anda boleh membeli belah secara online di seluruh dunia. Anda boleh membuat pembayaran, menerima bayaran, menukar matawang tempatan kepada matawang asing dan sebaliknya. Anda boleh menghubungkan akaun bank tempatan anda dengan akaun AlertPay untuk tujuan membuat pembayaran atau menerima bayaran dalam pelbagai bentuk matawang asing dan tempatan.



Langkah 1: Pendaftaran Akaun AlertPay/ Payza


Untuk mendaftar akaun, 
1. Sila lawat www.alertpay.com atau klik di sini
2. Pilih "Malaysia" pada bahagian pilihan negara.
3. Pada bahagian "Select your Account Type", klik pada Personal Starter atau Personal Pro, yang mana sesuai dengan status anda. Kemudian klik butang "Next Step".


Panduan memilih akaun:
Personal Starter
-menghantar/ menerima bayaran secara percuma
-had penerimaan sebulan = $400
-had penerimaan setahun = $2000


Personal Pro Account
-penerimaan duit tanpa had
-caj penerimaan 2.5% + $0.25 setiap transaksi
- boleh guna kad kredit
-menerima bayaran dari website


Business Account
-mengandungi semua kelebihan dalam Personal Pro Account
-boleh buka sub akaun
-mengandungi "tools" perniagaan


4. Lengkapkan semua butiran dalam "Personal Information" dan klik "Next Step".
5. Anda akan dibawa ke "Account Information". Lengkapkan bahagian ini.
    * Pastikan anda mencatat pasword dan Transaction Pin supaya tidak lupa. 
    * Pastikan juga anda pilih (tick) pada "User Agreement".
     Klik pada "Final Step".
6. Link pengesahan akan dihantar ke e-mel anda. Sila semak e-mel dan klik pada link tersebut untuk validate akaun AlertPay anda. Anda akan dibawa ke laman AlertPay. Anda boleh log in menggunakan e-mel dan password yang telah anda daftar.
7. Anda perlu mendaftar akaun bank anda untuk membolehkan anda membuat urusan jual beli atau menerima dan membuat bayaran ke dalam akaun anda. Untuk mendaftar akaun bank, klik pada "Add a bank account" yang terdapat di sebelah kanan atas web tersebut.


8. Anda akan dibawa ke Account Information:
    a. Pastikan anda memilih "Bank Transfer"
    b. Pada ruangan "Account Type" pilih "Personal Saving".
    c. Masukkan nama anda dan nombor akaun bank anda.
    d. Pada bahagian "Swift BIC", masukkan kod bank yang anda gunakan. Sila rujuk kod di
        bawah:
        Affin Bank Berhad = PHBMMYKL
        Alliance Bank Malaysia Berhad = MFBBMYKL
        Ambank Berhad = ARBKMYKL
        Bank Islam Malaysia Berhad = BIMBMYKL
        Bank Kerjasama Rakyat Berhad = BKRMMYK1
        Bank Muamalat Berhad = BMMBMYKL
        Bank of America = BOFAMY2X
        Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKL
        Bumiputra-Commerce Bank Berhad = BCBMMYKL
        CIMB Bank Berhad = CIBBMYKL
        Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
        Deustche Bank = DEUTMYKL
        EON Bank Berhad = EOBBMYKL
        HSBC Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
        Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
        Malayan Banking Berhad = MBBEMYKL
        OCBC Bank Berhad = OCBCMYKL
        Public Bank Berhad = PBBEMYKL
        RHB Bank Berhad = RHBBMYKL
        Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKX
        Southern Bank Berhad = STHBMYKL
        The Royal Bank of Scotland Berhad (RBS) = ABNAMYKL
        United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL

   e. Isikan nama bank dan nombor telefon bank.
    f. Pada bahagian "Bank Contact Name", isikan nama bank. Klik "Next Step"
9. Anda akan dibawa ke bahagian pengesahan dan seterusnya pendaftaran bank anda telah selesai.


Sekarang akaun AlertPay anda telah sedia untuk digunakan. Anda boleh top up akaun AlertPay anda dari akaun bank yang anda telah daftar. Tapi anda perlu "verify" akaun AlertPay anda dahulu.






Langkah 2: Verify Akaun AlertPay/ Payza


Adalah penting untuk "verify" akaun AlertPay anda untuk membolehkan transaksi berjalan dengan lancar. Anda boleh ikut langkah berikut:
1.  Log in ke akau AlertPay anda dan klik "Become Verified"




2. Anda akan diberi 3 pilihan untuk cara "verify" akaun sama ada melalui akaun bank, kad kredit atau telefon (sms). Disarankan anda gunakan akaun bank atau kad kredit (jika ada).


3.  Isikan ruangan yang disediakan jika anda memilih akaun bank mahupun kad kredit. Sekiranya anda memilih menggunakan akaun bank, anda perlu depositkan RM155 utk tujuan pengaktifan akaun AlertPay anda (jumlah ini boleh anda tebus kembali setelah akaun AlertPay anda diaktifkan kelak). RM15 akan dicaj bagi jumlah deposit yang kurang daripada RM255.
Cara membuat bayaran melalui akaun bank akan ditunjukkan dalam Langkah 3: Panduan Top Up Duit ke AlertPay di bawah.


Sekiranya anda memilih menggunakan kad kredit, caj sebanyak 1.00 - 2.00 euro akan dicaj melalui akaun kad kredit anda dalam masa 2-3 hari.
Selepas 2-3 hari, semak penyata kad kredit anda dan akan terdapat potongan bayaran ke akaun AlertPay. Log in ke akaun AlertPay anda dan masukkan jumlah yang dicaj dari kad kredit anda dan klik "Insert Code"


4.  Setelah itu anda akan nampak akaun AlertPay anda menjadi "Personal Starter Verified".


5.  Selesai proses verify.


Langkah 3: Panduan Top up Duit ke AlertPay


1.  Bagi yang menggunakan akaun CIMB, boleh rujuk langkah berikut. Klik pada "Deposit".


2.  Pilih "Bank transfer"


3.  Isikan jumlah wang yang hendak didepositkan dan klik "Next"


4.  Anda akan dipaparkan butiran jumlah wang yang hendak didepositkan. Klik "Deposit"
5.  Gunakan "Bank deposit Code" yang diberikan untuk membuat bayaran melalui akaun bank anda.




6.  Log in ke akaun CIMB anda. Pilih InterGIRO transaction. Untuk akaun penerima, pilih bank Royal Bank of Scot Berhad (RBS). Masukkan nombor akaun seperti yang dinyatakan dalam gambar di atas.
"Bank Deposit Code" dimasukkan dalam bahagian "Remarks atau description" semasa anda membuat bayaran secara online dari akaun bank anda. Contoh: Taipkan kod ALPMY0428193 (kod di atas) di bahagian "remarks". Masukkan emel supportdesk@alertpay.com di ruang e-mel penerima. Pastikan anda buat screenshot bukti bayaran utk dihantar dalam support ticket.





7.  Selepas selesai buat bayaran, hantar support ticket kepada AlertPay. Untuk hantar support ticket, klik pada bahagian "Contact" di bawah website AlertPay. Klik pada "send us a support ticket"
7.  Pilih "Banking Support"....klik "next"
8.  Lengkapkan borang support ticket dan upload screenshot bukti bayaran anda. Klik "Submit".




8.  Transaksi akan dilaksanakan dalam masa 2-3 hari. Selepas 2-3 hari, semak akaun AlertPay anda.


9.  Selesai....


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan di bahgian komen di bawah.